Jika Kematian Suami, Siapa Yang Wajib Tanggung Nafkah Anda Dan Anak-anak?

Perkongsian yang dibuat oleh Hishamuddin Abdul Majid ini harapnya dapat membuka mata kepada ahli keluarga terutama wali tentang tanggungjawab mereka jika berlaku kematian dalam keluarga.

Ini kerana akibat amanah yang tidak terlaksana ramai wanita yang kematian suami atau ibu tunggal hidup merempat kerana hilang tempat bergantung dan tidak dipedulikan ahli keluarga yang sepatutnya membantu mereka meneruskan kehidupan. Semoga status yang mendapat hampir 20 ribu perkongsian ini memberi kesedaran bukan saja pada wanita tapi kepada golongan lelaki atau wali akan tanggungjawab besar yang terpikul di bahu mereka. Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu.
Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak.Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.
Ramai kalangan kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan.Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki. Tanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya.Apabila agama itu diambil separuh separuh, yang memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal. 
Berdasarkan Kisah Benar Isteri kematian suami 1. Semasa hidup si mati orang susah, adik-beradik tak pernah menjenguk, apatah lagi hulur belanja untuk anak buah walaupon semuanya kerja best.

2. Rezeki anak-anak si mati dapat beli sebidang tanah dan dapat buat sebuah rumah teres di atas tanah tersebut. Tak lama kemudian, si mati membeli lagi sebidang tanah untuk tujuan berkebun tetapi tak kesampaian (meninggal dulu).

3. Simpanan si mati ada dalam RM10 ribu dalam bank. Ada sebuah rumah. Dan sebidang tanah.

4. Si mati selalu beritahu isterinya kalau dia tiada, isteri dan anak-anak taklah susah mana. Ada tempat bergantung, ada sedikit duit dan ada tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan si mati untuk si isteri dan anak-anak.

5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas (masalah jantung). Si mati meninggalkan balu dan 2 org anak perempuan.6. Sejurus selepas si mati dikebumikan, adik-beradik si mati termasuk ibu si mati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta si mati kononnya si mati akan terseksa dalam kubur kalau tak diselesaikan secepat mungkin.7. Si mati tiada anak lelaki, jadi harta-harta si mati akan dapat juga pada adik beradiknya.

8. Hukum faraid – bahagian isteri dapat paling sedikit (orang Terengganu cakap dapat bahagian kepala mayat). Langsung tak pedulikan perasan si balu yang masih bersedih, dihamburkan pula nas-nas, dalil-dalil bab pembahagian faraid.

9. Paling memilukan, dinilaikan sekali rumah yang diduduki oleh si balu dengan anak-anak ikut nilai pasaran.Kemudian mereka-mereka itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris-waris yang berhak sekiranya mahu tetap tinggal di situ, atau keluar dari rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual, dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.

10. Celah mana mahu cari RM150 ribu? Nak tak nak terpaksa keluar dari rumah tersebut. Rumah dijual, dapatlah bahagian si balu dan anak-anak, dengan jumlah yang si balu dapat dan anak-anak si mati dapat, mustahil dapat cari rumah baru.

11. Bermulalah episod merempat si anak-anak yatim. Berpindah randah, menyewa situ sini, jangankan si balu,si anak pun bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri.

12. Waris-waris,semua lesap lepas dapat bahagian masing-masing. Nak tanya khabar jauh sekali. Nak hulur duit jauh sekali.

13. Lagi malang waris-waris semuanya bekerja bagus. Ada cikgu, ada pegawai kerajaan, ada golongan prefesional, malah kaki masjid pun ada. Tapi sayang, bab tangggung jawab pada anak si mati langsung tak dihiraukan.

14. Walaupun berhak pada harta si mati, tapi kena tengok pula tanggung jawab yang harus dipikul.Jangan ambil agama itu separuh-separuh untuk kepentingan sendiri. Ya, tak berdosa ambil harta yang sememangnya hak kita dalam hukum Tetapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pada anak-anak si mati – tempat tinggal, pakaian, makan minum).

15. Kalau kita termasuk dalam golongan sebegitu sebelum ini, berubahlah, dan moga dijauhkan keturunan kita, adik-adik kita, suami kita, anak-anak kita daripada bersifat kejam begini.

16. Ambil pengajaran saudara saudari. Sekali lagi saya ingatkan apa yang agama ajar, bila si mati meninggalkan anak-anak yang belum baligh, wajib bagi walinya (mengikut turutan wali sebelah si mati) menyediakan nafkah untuk anak si mati. Kalau tidak diambil peduli, menanggunglah di akhirat kelak.

17. Hukum faraid itu sangat adil dan indah. Diberi lebih kepada lelaki sebab lelaki adalah ketua keluarga yang kena menanggung orang-orang di bawahnya.Kenapa apabila tiada anak lelaki, harta akan jatuh juga kepada adik beradik si mati? Jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggung jawab si wali-wali untuk menanggung nafkah si anak yatim (lebih-lebih lagi apabila si yatim adalah perempuan).Dan semoga dengan pembahagian faraid dapat meringankan beban dan membantu si wali-wali untuk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim. Sumber Facebook Hisham Abdul Majid

Cara Transfer Duit dari Maybank2u Ke Akaun Lain.


Disebabkan ramai pengguna menghadapi masalah nak buat bayaran atau pindahan wang secara online so disini admin sediakan cara-cara nak transfer payment dari akaun Maybank ke lain-lain akaun seperti Bank Islam, BSN, CIMB, Bank Rakyat, Al-Rajhi atau lain-lain.


Okay langkah pertama selepas anda log in ke dalam akaun Maybank2u anda, klik pada "New interbank GIRO transfer"


Langkah kedua ialah, pilih bank mana yang anda ingin transfer duit. Contohnya, pilih akaun "BIMB Bank". Kemudian klik Continue.


Di paparan ini, anda :


  1. Masukkan Description pembayaran. Contohnya : DN Global payment
  2. Masukkan Amaun yang ingin anda transfer. Contohnya : 100.00
  3. Masukkan nama pemilik Akaun di ruangan nama penerima. Contohnya : KHAIRUNNISA'
  4. Masukkan nombor akaun BIMB Bank milik DN Global. Pastikan no akaun adalah tepat : 14195010002286
  5. Payment type sila pilih : Funds transfer
  6. Klik pada option kedua iaitu NO
  7. Masukkan nombor sebagai rujukan. Contohnya : 19042011 (ambil tarikh jadikan nombor rujukan)
  8. Klik Continue



Di paparan ini pula, anda :
  1. Klik pada : Request a TAC number.Setelah anda menerima TAC number menerusi telefon bimbit anda yang berdaftar dengan Maybank2u, anda..
  2. Masukkan nombor TAC ke ruangan disediakan dan klik Confirm
Selepas itu, satu paparan mengenai detail pembayaran akan keluar. Di paparan itu akan ada waktu transaksi berjaya. Sebab kalau dari Maybank2u nak transfer ke akaun bank lain, ianya akan mengambil masa satu hingga 3 hari untuk masuk ke akaun bank tersebut. Sebaiknya print screen details tersebut sebagai bukti anda dah membuat pembayaran.

Selamat Mencuba!


Credit to: FSYN

Gambar Kilang Mihun Buatan Cina Menjijikkan








Memetik laporan sebuah portal China, www.thenanfang.com  pada Selasa lalu, ‘Bare footed workers caught stomping on noodles destined for the dinner table’, bihun itu dihasilkan di sebuah kilang mi beras Tongcheng yang pernah berdepan dengan skandal kebersihan tahun lalu.

Pemilik kilang, sebelum ini pernah memberi jaminan proses pembuatan bihun akan menitik beratkan aspek kesihatan, namun gagal berbuat demikian.

Portal sama mendedahkan beberapa keping gambar menunjukkan bihun itu diletakkan bersepah atas lantai dan dipijak oleh pekerja yang tidak memakai kasut.

Selain itu, terdapat juga gambar seorang pekerja yang terlelap atas bihun dipercayai ketika melakukan kerja-kerja pembungkusan, sebelum produk itu dijual kepada orang ramai.

Difahamkan gambar tersebut dirakamkan secara curi sebelum musim bunga baru-baru ini dan kesemua pekerja yang berada dalam gambar dilaporkan sudah menghilangkan diri.