Cerita Sebenar Sebalik Gempa Bumi Kashmir, Pakistan - 8 Oktober 2005










Karkuzari (laporan) dari Bhai Munir Shah Sakandar Miah, Pakistan. (Markaz Dakwah Raiwind).

Jemaah kami telah keluar (khuruj) 4 bulan dan telah dihantar ke Kashmir daerah Bagh-Muzaffarabad.
Saya sendiri Amir (ketua) jemaah itu. Selain daripada jemaah kami terdapat 24 jemaah lain yang buat usaha agama di
kawasan itu. Jemaah kami telah dihantar ke suatu kawasan perumahan orang2 elit di kawasan bandar
Bagh. Dari segi dunia, penduduk2 di kawasan itu ialah orang2 yang terpelajar berpendidikan modern.

Dari segi agama pula, kebanyakan mereka menunaikan solat dan membaca Al-Qur’an.
Mereka tidak ada kaitan dengan kumpulan ajaran sesat manapun.

Mereka juga tahu sedikit sebanyak mengenai usaha agama/usaha dakwah tetapi
secara sengaja mereka menentangnya. Mereka menganggap bahawa usaha menyebar agama ini adalah
penghalang dan mengganggu kerja2 dunia mereka. Mereka berkata kita usahakan dunia dulu,dapatkan
asbab2 kemajuan sebagaimana negara2 yang telah maju kemudian barulah buat usaha agama.
Di kawasan ini ada beberapa orang yang menjadi pembesar mereka.
Pengaruh pembesar2 itu tersebar ke seluruh kawasan tersebut. Sehingga pegawai2 pemerintah pun menjadi pengikut pembesar
mereka. Orang2 di kawasan ini melayani kami dengan buruk terutamanya orang2 tua dan orang2
lemah di antara kami. Kebiasaan mereka dipukul sewaktu menjalankan gasht (ziarah jumpa orang).

Sekali waktu kami melakukan gasht di kawasan sebuah sekolah kami telah dipukul.
Dan waktu menjalankan gasht di sebuah kem tentera, ahli jemaah telah diperlakukan dengan buruk sehingga
mereka telah diberi peringatan keras supaya tidak datang melakukan gasht di situ lagi. Sebagai denda
jemaah itu diperintahkan untuk membersihkan sampah-sampah. Di masjid pula bekas2 yang
diisikan air (lota/bekas wudhu’)untuk kegunaan kami telah diludah oleh penduduk2 di situ sebanyak
7-8 lota. Kami mengambil air itu dgn susah payah berjalan mendaki bukit sejauh 1.5 - 2km kemudian
orang2 di situ mensia-siakan air kami begitu saja.

Ada juga orang di situ kencing di dalam air kami.
Sehari sebelum gempa bumi di kawasan itu terjadi, seorang pemuda yang sedang keluar bersama satu
jemaah yang sedang buat usaha agama di Rajanpur (satu kawasan bersebelahan dgn tempat kami) telah
bermimpi melihat bukit-bukau yang berhampiran meraung-raung meminta tolong seumpama seorang
manusia yang sedang mengalami kesakitan yang sangat. Pada waktu sahur, amir jemaah itu
bersama dengan pemuda itu telah datang ke tempat jemaah kami dan mengkhabarkan tentang
mimpi itu.
Pemuda itu mengalami ketakutan yang amat sangat. Hampir jam 5 pagi kami telah
menghubungi pihak di Markaz Dakwah Raiwind. Saya sendiri telah berbicara dengan Haji Abdul Wahab Sab,
selepas beliau selesai memberi Bayan Subuh.
Haji Sab telah memberi jawapan secara spontan iaitu kumpulkan semua jemaah yang ada di
kawasan itu dengan segera. Alas2 tidur kamu hendaklah ditindih dengan batu2 sementara tong2
gas ditanam dalam bumi. Jemaah kamu sendiri dan juga semua jemaah yang lain hendaklah
dikumpulkan serta bermalam di suatu kawasan tanah lapang. Usahalah/ pujuklah orang di situ
sehabis-habisnya untuk berkumpul di tempat tersebut.

Jangan beritahu tentang mimpi itu kepada sesiapa pun.
Demikianlah, dengan susah payah kami telah usaha mengumpulkan 23 jemaah yang salah
satu daripada jemaah2 itu telah datang sendiri setelah mereka mendapat tahu berita itu.
Dua jemaah lagi kami tidak dapat hubungi mereka. Masalahnya ialah, di sini kawasannya berbukit
sementara itu kami tidak ada berhubungan dengan orang tempatan, Kami telah berusaha bersungguh-
sungguh ke atas orang2 kampung tetapi mereka tidak ingin mendengar ucapan kami.
Hanya seorang penjaga sekolah yang datang bersama kami dan telah menghabiskan waktu malamnya bersama
kami. Hari itu hari Sabtu. Sekejap saja mata kami terlelap, kedengaran suara benturan/Dentuman yang dahsyat
daripada bumi dan bukit-bukau yang berdekatan.

Semua kami terbangun dari tidur. Salah seorang
daripada kami menyangka bahwa itu adalah igauan tidur sahaja sebaliknya itulah suara sebenarnya
iaitu suara yang telah didengari oleh pemuda yang bermimpi mengenai kejadian tersebut. Serentak
dengan itu, di langit sejenis awan hitam datang dengan begitu laju. Dari awan itu pun kedengaran
suara yang sama. Demikian juga dari awan itu kelihatan sejenis pancaran cahaya.

Selepas beberapa menit, terjadi gempa bumi yang sangat dahsyat.
Gempa itu begitu kuat sehingga kami tidak dapat berdiri,
selepas itu datang pula gempa berlainan getarannya iaitu getaran yang turun naik.
Kami terhempas ke atas setinggi satu setengah hingga dua kaki kemudian jatuh ke bawah.

Di hadapan mata kami, hanya dalam beberapa saat sahaja seluruh kawasan telah menyembah bumi.
Bangunan2 di sekolah dan kem tentera juga telah tenggelam di bumi. Kemudian selepas itu, hujan
lebat yg sangat dahsyat mulai turun. Hujan itu bukanlah hujan biasa sebaliknya ia adalah hujan
yang setiap titisannya sebesar mangkuk. Kerana kelalaian kami, satu tong gas telah tertinggal di
luar tidak ditanam maka ia telah meletup.

Kemudian selepas itu, angin ribut yang kencang
telah datang dari arah timur dan barat yang menyebabkan pohon2 telah tumbang. Sebelum
ribut itu datang, semua haiwan termasuk lalat hinggakan kerbau, lembu, kambing, anjing dan lain2
telah lari ke arah selatan hinggakan kawasan itu kosong sama sekali daripada haiwan2. Hanya
dalam beberapa saat saja, kehidupan telah bertukar dgn kematian. Setiap bangunan telah roboh menyembah bumi.

Kota yang didiami oleh ribuan penduduk sekarang hanya tinggal kami ahli2 jemaah shj dan seorang penjaga sekolah yang masih hidup.
Kami telah memohon bantuan dari segenap penjuru, namun tiada yang diterima oleh Allah S.W.T.
Bantuan yang pertama sampai adalah dari
Markaz Dakwah Raiwind, Haji Abdul Wahab Sab sampai pada waktu Asar bersama beberapa orang pelajar
madrasah dgn manaiki helikopter. Selama 3 hari lagi kami tinggal di kawasan itu. Getaran demi
getaran serta hujan yang lebat terus berlaku. Tidak ada bantuan yang boleh sampai ke tempat itu. Haji
Abdul Wahab Sab telah menghantar sebanyak 9000 beding (alas tidur).

Dalam setiap beding disertakan gula, beras dan lain2 sebagai bantuan. Namun, selain daripada kami, tidak ada kehidupan yang
tinggal. Di mana2 sahaja kelihatan mayat2 bergelimpangan. Kami telah mensolatkan
sebanyak 1300 jenazah.

Himpunan jenazah yang kami sembahyangkan sekurang-kurangnya 7 mayat
sampai 50-60 mayat.

Setelah menghadapi mujahadah (susah payah) mengurus jenazah
selama 3 hari, kami berusaha mencari orang2 yang selamat dan masih hidup di kawasan itu tetapi
tidak menemui sesiapa pun yang masih hidup kecuali seorang bayi. Kami berada dalam keadaan
yang penuh mujahadah kerana terpaksa menahan bau busuk mayat sehinggakan susah untuk kami
bernafas.

Pemuda yang bermimpi itu telah nampak malaikat2 memegang tali cambuk. Setiap masa beliau di dalam ketakutan dan kebimbangan. Sekali beliau nampak para malaikat dalam bentuk kanak2, maka amir jemaah telah menyuruh kami mengajarkan
beliau kalimah syahadah lalu beliau pun meninggal dunia. Selain daripada beliau ada 3 orang lagi yang
telah tua dan lemah tidak dapat menanggung kesusahan itu lalu mereka juga telah meninggal
dunia. Alhamdulillah, semua ahli jemaah telah bermimipi Nabi Muhammad S.A.W dan Nabi yang
nama mereka ada di dalam Al-Qur’an atau mana2 sahabat Nabi R.Anhum. Mungkin ini adalah hadiah
drp Allah S.W.T utk menenangkan kami yang menghadapi ketakutan dan kebimbangan.

Saudara2ku sekalian, karkuzari(laporan) ini bukanlah dongengan, bahkan satu hakikat. Kenapakah azab
Allah S.W.T dlm bentuk gempa bumi telah datang? Pada lidah kita ada kalimah Syahadah tetapi keyakinan tidak
ada di dalam hati. Di kawasan itu, solat berjemaah hidup tetapi tiada amalan2 Nabi S.A.W
(Dakwah, Ta’lim (bacaan kitab), ibadat dan khidmat). Mereka sibuk dgn kemajuan dunia dan menganggap agama
adalah satu perkara yang tidak bernilai dan mengaibkan mereka. Sebaliknya mereka menyangka
pelajaran moden, fashion moden, harta dan kekayaan sebagai kemajuan dan kejayaan.

Mereka mencintai ahli dunia dan membenci ahli agama/akhirat. Saudara2ku, demi Allah tinggalkanlah fikiran2
seperti itu yang hakikatnya telah kita sama2 lihat. Saudara2ku buatlah azam utk mengubah
keyakinan dan cara hidup kita kepada cara hidup Nabi Muhammad S.A.W. Kita harus berusaha utk
keluarkan diri kita daripada kelalaian dan bersama2 utk memajukan agama Allah, bukan tidak mungkin
azab yang lebih besar akan datang.

Karkuzari : Munir Shah Sakandar Miah , 8 OKT 2005 ,
Markaz Dakwah Raiwind, Pakistan.




Utusan Melayu Oktober 2005: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1017&pub=Utusan_Malaysia&sec=Album&pg=default.htm

Berita Dunia - http://mohdshah.blogspot.com/2005/10/gempa-bumi-di-pakistan.html
Wikipedia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Gempa_bumi_Kashmir_2005


Rujukan Kisah Benar:
Markaz Dakwah Pakistan.
Al-Haj Abdul Wahab, Madrassa Arabia, Raiwind, Lahore.
92-21-415.., 92-21-216..(fax)
Makki Masjid, Garden Road, Karachi.

Markaz Dakwah Malaysia.
Masjed Jamek Sri Petaling,
Bandar Baru Sri Petaling,
Kuala Lumpur.
Tel: 603-9580515

http://gotabligh.com/tabligh-markaz/worldwide-tablighi-markaz-addresses.html

1 comment:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete