Sebuah Sinopsis, Sebuah Diari...


Berbekalkan semangat gigih untuk meneruskan pelajaran Hakim seorang remaja yang berasal dari kampung telah melanjutkan pengajiannya disebuah IPT di bandar Kuala Lumpur. Kesedihan hati Hakim mengenang nasib keluarganya yang daif telah menguatkan semangatnya untuk membina tangga-tangga kejayaan dalam hidupnya seperti remaja lain.  
           Sewaktu berada di IPT tersebut Hakim mengenali seorang gadis bernama Erina yang agak peramah dan sentiasa menjadi perhatian setiap jejaka di IPT tersebut. Pada hakikatnya tanpa pengetahuan Hakim, Erina sebenarnya berasal dari sebuah keluarga berada dan gadis liar yang sering mabuk bersama teman-teman lelakinya. Erina juga pernah bekerja sebagai GRO di sebuah kelab malam di ibukota.
           Dalam tidak sedar Hakim dan Erina telah jatuh cinta. Hakim mula menaruh harapan dalam hatinya agar mereka dapat hidup bersama suatu hari nanti. 
Pada suatu petang, ketika Hakim dalam perjalanan pulang dari kolej dia ternampak Erina keluar bersama dengan beberapa lelaki dengan berpakaian seksi. Keadaan itu membuatkan Hakim mula merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan Erina. Setelah mendengar hal sebenar dari mulut  Natasya iaitu kawan serumah Erina, Hakim merasa amat kecewa. Baru dia tahu selama ni perempuan yang selalu dia anggap baik & bersopan rupanya gemar keluar malam bersama teman-teman lelaki. Namun kerana sudah sayang dan cintakan Erina, Hakim tetap sabar kerana tidak mahu menjejaskan hubungan. Ibu bapa Erina pula yang kurang senang dengan hubungan mereka tanpa ikatan itu memaksa Hakim mengahwini Erina secepat mungkin. Tetapi Erina yang belum puas dengan kehidupan sosialnya cuba melakukan sesuatu dengan niat untuk melengah-lengahkan rancangan perkahwinan mereka. Namun setelah dipujuk Hakim akhirnya mereka mendirikan rumahtangga.
            Setelah menamatkan pengajian kini Hakim membuka sebuah perniagaan dengan pendapatan sederhana manakala Erina pula bekerja sebagai pegawai tinggi di sektor kerajaan. Di alam rumahtangga, Erina cuba mengulangi aktiviti lamanya iaitu keluar bersama rakan-rakannya hampir setiap malam.

"Pada hakikatnya tanpa pengetahuan Hakim, Erina sebenarnya
gadis liar yang sering mabuk dan tidur dengan pelbagai lelaki dalam hidupnya. Erina
juga pernah bekerja sebagai pelayan tetamu di sebuah kelab malam di
ibukota"

Hakim yang sentiasa bersabar dengan tindakan isterinya itu cuba menghalang dan menasihati isterinya. Akan tetapi nasihat itu langsung tidak diendahkan. Erina mula memberi alasan perkara ini terjadi disebabkan Hakim tidak pandai menjaga isteri serta kehendak naluri hatinya. Erina cuba mengungkit dan menyalahkan Hakim kerana terlalu mengikut kata ibu bapanya dulu untuk berkahwin sedangkan dia belum bersedia untuk
berumahtangga. Keadaan ini mengakibatkan berlaku pergaduhan diantara mereka. Segala teguran Hakim di balas dengan maki hamun Erina. Sedihnya Hakim tidak terkata. Hanya doa pada yang Esa yang menjadi pemujuk hatinya. Pernah sekali Hakim memohon kepada Allah s.w.t supaya nyawanya ditarik dulu kerana tidak sanggup lagi menanggung segala dosa dan perbuatan yang Erina lakukan. 
            Natasya iaitu rakan Erina pernah memujuk Hakim supaya cuba menyelamatkan rumahtangga yang hampir berkecai itu tetapi akibat kejahilan Erina tentang tanggungjawab pada suami menyebabkan semuanya sudah terlambat. Natasya pernah juga memberitahu Hakim supaya berhati-hati dengan sikap Erina umpama buah yang cantik diluar tetapi berulat di dalam...Hari demi hari pergaduhan mereka semakin teruk membuatkan Erina yang semakin liar itu jarang pulang ke rumah. Hakim cuba mencari jalan untuk memujuk Erina dengan membawanya pergi bercuti dengan niat untuk mengembalikan keindahan hubungan mereka seperti mula-mula dahulu. Tetapi sangkaannya silap apabila Erina telah berlaku curang dengan seorang lelaki ketika percutian itu. Pelbagai sumpah seranah dan maki hamun diberi Erina apabila Hakim cuba menegurnya.
            Sehinggalah suatu hari Hakim jatuh sakit akibat terlalu banyak memikirkan perangai dan sikap Erina yang melampau itu. Ditakdirkan Allah s.w.t setelah beberapa kali berulang-alik ke hospital doktor telah mengesahkan penyakit barah otak yang dihidapi oleh Hakim yang mampu hidup beberapa bulan sahaja lagi. Erina yang mengetahui hal itu hanya berdiam diri dan tidak dihiraukannya. Hakim hanya mampu menganggap bahawa ini adalah dugaan dan ujian Allah ke atasnya. Namun Hakim merasa amat sedih dan bersalah kerana tidak mampu membimbing Erina seperti isteri-isteri yang lain walaupun telah mencuba sedaya upaya menasihati Erina. Dalam keadaannya menanggung sakit itu Hakim telah menangis dan memohon pada Allah supaya Erina di beri petunjuk dan keinsafan. Tanpa diduga, dengan kuasa Ilahi, Erina yang ketika itu leka bersama bersama kekasih simpanannya mula sedar dan mancari Hakim yang telah terlantar di hospital.             
             Perasaan kasihan tiba-tiba timbul di hati Erina ketika sampai di hospital apabila melihat suaminya terlantar dalam keadaan koma. Tetapi segala-galanya sudah terlambat. Hakim pergi meninggalkan Erina buat selama-lamanya. Hasrat Hakim ingin melihat isterinya berada di sisinya tidak kesampaian.
Namun Erina yang terlalu sedih dan menyesal akibat perbuatannya dulu telah meratapi pemergian Hakim sehinggakan doktor mengesahkan dia gila kerana terlalu mengalami banyak tekanan perasaan.

Drama Megah Cinta Ilahi ini telah ditayangkan di TV1 pada tahun yang lalu. - editor

No comments:

Post a Comment