Luahan Hati Ibu - Bayi Dianiaya Taska Temanku, Menara PJD (9 Gambar)


Perkara yang aku ingin kongsikan berkenaan Taska ni.. Mohon ibu bapa yang hantar ank2 ke taska..selalu la wat spotcheck. X kisah la taska mana pon. Tgk keadaan ank anda. Jangan mudah percaya kepada pihak taska walaupon penuh dinding taska dengan sijil2 dr JKM. Ni yang terjadi pada ank aku. Muhammad Ammar Farish, 3bulan. Bkn niat nk aibkan mana2 pihak tp jd kan sbgai pengajaran. Kat sini aku cite detail sikit.

Saya booking Taska ni dr sy hamil 5 bulan g. Dgr2 cite taska ni sgt tip top. Buka facebook taska ni pon sampai leh jatuh hati. X kisah la kena byr rm380/m pon janji jagaan nya okey kan. Yang ptg ank kita selamat.

22 mei 2014 - pegi ke taska tersebut untuk lihat keadaan taska. Masa dtg ni kul 3pm camtu. Diorg tgh mandikan budak2. Masa melawat bilik baby, terpandang pengasuh A ni tgh bagi baby mkn atas riba..then ade 1 baby lg tgh menangis dlm keadaan telentang atas tilam x jauh dr pengasuh A. Tetiba pengasuh A ni tarik je tangan baby yg menangis tu ke arah dia. Depan mata aku. Terkejut aku sbb main tarik2 tgn gitu je. Bkn nak bangun n dukung baby tu. Tp aku wat2 x nampak. Dlm hati aku masih think +ve lg.




30 mei 2014 - aku n suami g wat bayaran kat taska. Rm160(pendaftaran) + rm380(byrn bln jun). Total rm540.

2 jun 14 - sepatutnya kami hantar ammar ke taska..tp sbb ammar demam n doktor kata ammar kena demam campak, aku tangguhkan dl selama 2 mggu. Mertua n adik ipar aku jaga ammar kat umah.

16 jun 14 - 1st day anta ammar ke taska. Bekalkan susu badan tuk ammar. Ptg tu papa dia amik, diorg ckp ammar xnk minum susu. Suh aku tukarkan ke botol MAM. Alasan diorg puting mam lembut. Budak2 kat taska tu semua guna botol MAM. Bkn aku xnk bg..botol mam tu ade je kat umah, tp ammar rejek botol tu. Aku bg puting dr baby..rasanya lagi lembut dr puting MAM kan. Lagi pon aku siap2 letak semua susu dlm 5 storage botol. Diorg cuma perlu tukar puting je. 

Nk kata amar rejek dr baby, adik ipar aku yg belum kawen n xde sijil jkm tu leh je bg dia susu..habis je pon. Kena la sabar. Lain la kes klu sendal bantal atas dada biar je bb susu sendiri. Yg tu mmg x blh la..sbb ammar suka tolak puting dengan lidah. Balik tu aku tgk 4 botol susu dh kosong. 1 botol g dia letak poket tepi beg..susu yg dh dipanaskan tp x abis

17 jun 14 - hari ke 2 hantar ammar, pengasuh dia yg bernama ZAN ( klu x silap la, sbb aku tgk nama ni yang tulis dalam buku harian ammar) cakap lg pasal ammar xnk susu. Nk jugak suruh aku tukar ke botol MAM. Aku tgk buku laporan ammar dia minum 3x je susu. 
Aku rasa pelik lak..bagi 5 botol..mana lg susu lagi 1 botol? Aku tanye Zan ni..dia macam alih2 crite..then ckp oo kami bg skit2. Aku diamkan dulu. Then aku pegi keje. Kul 3pm aku bawa kakak ammar appointment dgn doktor pakar kulit kat hospital pusrawi. Mula2 xnk amik ammar..tp aku tergerak hati nak amik awal. Takut kang jumpa doktor lambat pulak. So sejam sebelum amik aku dah call pihak taska cakap aku nak amik ammar. Kul 2.30pm aku sampai taska masuk bilik baby, aku cari mana la ammar ni..sekali aku tengok ammar ni tgh tido sambil di bedung dgn selimut yg aku bekalkan. Ok lagi la kalau bedungkan. Tp bedung tu sampai tutup separuh muka ammar. Nampak mata ke rambut je. Aku cepat2 buka kain bedung tu. Nak kata anak aku tarik selimut sampai ke muka, aku tengok tangan dia berbedung kat sisi. Camne lak dia nak tolak selimut tu kan. 
Aku tengok kepala dia ade bintik2 merah. Aku tanye kat pengasuh kat situ, dia cakap nyamuk gigit. Kat taska banyak nyamuk. Sejuk2 pon nyamuk ade kat sini..kami pon pakai ubat nyamuk letrik je la. 

Dah tu masa nak balik, aku terpegang tepi beg. Panas yang amat. Aku amik le benda yang panas tu, Ya Allah susu anak aku. Sepanas2 nya. Panas macam kita bancuh air panas tu. Kalau tuang dalam mulut pengasuh tu kompom leh melecur. 
Yang paling aku sedih tu susu badan. Habis la zat2 susu tu rosak..ibarat anak aku minum air kosong je la. Aku pulun bangun 4.30am setiap hari wat power pumping sebab nak anak aku dapat zat dr susu ibu. Sampai taska sesuka hati je rosakkan susu aku tu n bagi anak aku minum. Aku terus jumpa penyelia taska, kak Ani. Then aku bg dia pegang botol tu. Botol tu pon rasa lembik..sbb terlampau panas.

Aku : kak, memang mcm ni ke taska panaskan susu?
K.ani: eh, panas sgt ni. Salah dah ni. Rosak dah susu ni. Xleh panas cmni. Ni susu diorg panaskan tuk minum lepas mandi la ni.
Aku: panas sgt ni kak. Sama je cam saya bagi air kosong kat anak saya. ( masa ni aku sebak sgt rasa). Nanti akak tolong ye pesan kat pengasuh bg susu suam2 je.
K.ani: ok2..nanti akak bagitau diorang.

Aku pon pegi kat kete n gerak ke hospital pusrawi. Sampai kat parking pusrawi..aku amik susu tadi bagi suami aku pegang..masih panas lagi. Bukan suam ye..tp PANAS. 

Aku mula terpikir..kalau la anak aku nak susu tetiba..camne diaorang nak bagi susu yang tengah panas sangat tu kat ammar. Patut la duk ckp ammar xnk susu. Dah bagi susu panas..sapa nk minumkan?

18 jun 14 - aku anta ammar cam biasa. Tgk buku harian ammar..susu ari isnin tu dia tulis ammar minum 3 sesi. Tp hari ni aku tgk dia tambah kat bawah tu jadi 4 sesi sebab aku pertikaikan mana lg susu lagi 1 botol tu. Pandaikan diorang. Main ubah2 rekod. Aku pakaikan siap2 sweater. Taska tu sejuk. 

So dah pakai sweater..xperlula selimutkan dia lagi. Takut jadi mcm semalam. Selimut tutup sampai hidung. 

Aku sampai2..tengok muka si pengasuh ZAN ni bukan main ketat. Pastu aku cakap kat dia, kak xyah selimut la..semalam dah sampai tutup hidung. 
Zan ni diam je terus amik selimut ammar, lipat n terus blah dari bilik baby. Memang kurang adab betul. Aku cakap lembut je. Dia boleh wat parent camtu. 
Aku syak mesti sebab penyelia diorang tegur pasal susu semalam tu. Tapi kalau ikut adab..dia minta maaf la kan kat parent. 
Ni x..dia.lak wat muka dgn kita. Aku sabar lg sebab pikir amar duk situ..takut diorang buat pape kat dia. Balik tu suami amik ammar, zan ni buat gak muka ketat kat suami aku.

19 jun 14 - aku anta ammar, nampak si zan ni suruh kawan dia layan aku. aku letak je, ammar terus menangis. Lain mcm plak aku rasa. 

Cam biasa sikit2 bab amar xnk botol tu..siap cakap kat aku kalau mck dia jg ok..xde masalah la dia nk minum susu kat sini. 
Aih..cam aku menipu dia plak. Memang la ammar x bape nak minum susu dalam botol...tapi kalau ko bersabar sikit..dia minum la. 
Aku dah xde mood dah. so aku cakap try la dulu.. Petang suami aku amik, diorang bising lak kat dia pasal botol susu lg. Siap cakap kat taska ni ade time2 minum susu. Bukan setiap masa. 
Agak2 la kan baby kot bukan toddler. Baby ni susu on demand. Kalau time susu tu bb kenyang lg..xkan nak paksa jugak dia minum. Kalau belom sampai masa nak menyusu n baby dah lapar..kena tunggu la ye time menyusu. Bodohnya peraturan. 

Dah tu ckp ammar tido kejap2. Pastu menangis. Ammar ni kuat berak..aku dah maklumkan. Setiap hari aku bekalkan 8 keping pampers. Tapi aku tgk yang luak 3 keping. Nampak sangat dibiar je pampers penuh baru tukar..aku kenal anak aku. Sehari berak dekat 10x. Camne nak tido nyenyak kalau dah bontot bertahi. 
Aku decide xnak hantar dah..sakit hati sangat2. Then otw balik amar berak lg. Suami aku tukar pampers dia. Buka2 pampers tengok ade mitten amar dalam tu. Memang biadap sangat2. Logik ke benda besar tu xperasan ade dalam pampers. Bagi aku ni khianat. Saje nak cabar aku. Malam tu ammar demam. Sejak dari dduk taska tengah2 tido ammar mengigau nanges2..tdo pon terkejut2. aku syak mesti diorg ade wat pape kat dia



20 jun 14 - aku call owner taska En. Husen, bagitau semuanya. Tapi owner dia cakap kat aku camne boleh jadi macam tu? Diorg dah lama keje dengan saya. Dari bilik baby x penah ade parent yang repot..gaya dia cam aku reka2 cita la..
pekerja cam hampeh..lagi ko nak cakap diorang okey. Puihh... Dah tu aku tanye pasal bayaran. Dia minta aku wat surat n cakap kata aku akan siasat perkara ni n akan amik tindakan. Siap cakap taska ni rekod bersih kat JKM..

20 jun 14 - aku hantar surat keluarkan ammar dari taska. Aku bawa ammar ke opis.

25 jun 14 - aku call JKM KL n cite pasal taska ni. X ingat aku cakap dgn sapa. Tapi perempuan. Dia tanye aku ape nama taska ni. Aku ckp x pe la..x perlu saya bagitau...

X lama pastu dia ckp ni taska tempat keje kan. Under JKR ye? taska kat menara PJD kan? Aku tanye camne puan boleh teka taska ni. 
Dia cakap dah ade beberapa org parent yang mengadu x puas hati dgn taska ni. Haaa...amik kau..rekod bersih konon. Pirahh. Dah tu ade jugak beberapa bekas parent bagitau taska ni memang ade x puas hati. Anak diorang x mandi la.. Kebersihan x dijaga la.. Baru la aku tau..

14 jul 14 - baru aku dapat balik duit anak aku. Tu pon setelah menunggu bape lama. Janji nak setel minggu lepas. Tapi haram.. Aku msg tanye..

xlama pastu dpt msg dr mybnk bgtau ade transaction dari Taska Temanku ni RM224. Punye banyak dia amik dr RM540. Anak aku just duduk 4 hari je. Dah tu owner langsung x balas msg aku minta maaf psl lewat bayar ke apa. No wonder la kan pekerja xde adab...

Bos pon camtu. Xpe la. Dia nak kaya cara camtu. Memang aku sumpah aku x halalkan dunia akhirat. Apa yg pekerja2 dia wat kat ank aku..khianat diaorang pada anak aku..memang aku x halalkan sampai mati. Korang merangkak la cari anak aku kat akhirat nanti..minta maaf dgn dia.. Setiap titis susu aku yg korang rosakkan..aku x halalkan dunia akhirat..hak anak aku korang rosakkan...

msg antara aku dgn En. Husen..







No comments:

Post a Comment