KEMASKINI - PESAWAT PENUMPANG MALAYSIA MH17 TERHEMPAS DI SEMPADAN RUSIA



Satu pesawat penumpang Malaysia baru sahaja terhempas di Ukraine, lapor agensi berita Rusia Interfax.
Pesawat tersebut yang dilaporkan dalam perjalanan dari Amsteredam ke Kuala Lumpur dengan seramai 295 penumpang telah terhempas di sempadan Rusia.
Jurucakap Malaysia Airlines telah mengesahkan "insiden" berkenaan dan dijangka untuk membuat satu kenyataan tidak lama lagi.



Kemaskini dan Susulan

08 : 07am - MAS mengesahkan tiada panggilan kecemasan dibuat.
07 : 03am - CNN melaporkan Sistem radar mengesan Perluru Berpandu ke udara menuju kearah pesawat tersebut sebelum pesawat itu terhempas.
06 : 30am - BACA: Kenyataan Rasmi Perdana Menteri DS Najib Berkenaan Nahas MH17
03 : 30am - BACA: Teori MH17 ditembak berpunca daripada MH17 seakan-akan sama dengan pesawat Rusia
02 : 44am - BACA: Kota hitam MH17 dijumpai - Interfax
02 : 41am - Presiden Rusia ucap takziah 
02 : 35am - Penerbangan MH17 tidak mempunyai sebarang gangguan  - Krew MAS, dipetik dari myMetro
02 : 35am - US akan membantu siasatan - Obama
02 : 33am - Keluarga pramugari terlibat, Nur Shazana Mohd Salleh berkata mereka mendapat berita dari CNN
02 : 01am - Gambar Misil yang dipercayai menembak MH17, buatan Rusia



02 : 00am : US sedang menyiasat samada misil yang ditembak adalah buatan Rusia
01 : 57a.m : Gambar sayap ekor MH17 - Reuters


01 : 43a.m : Presiden Ukrain ,Petro Poroshenko percaya nahas terjadi angkara 'serangan pengganas'
01 : 42a.m : Lagi gambar di tapak kejadian - NBC News


01 : 35a.m : Sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui di kampunng Grabovo - Reuters
01 : 29a.m :Gambar yang menyedihkan dari Life News


01 : 26a.m : MAS akan mengadakan sidang media pada jam 4 pagi di KLIA
01 : 20a.m : Sepuluh (10) penerbangan Malaysia Airlines, 5 pelepasan dan 5 ketibaan di KLIA dibatalkan
01 : 11a.m : BACA: MH17: PM Terkejut dan Kerah Siasatan Segera
12 : 50a.m : Gambar diambil oleh BBC


12 : 39a.m : Gambar diambil oleh saksi







12 : 30a.m : Kesemua anak penumpang maut- Awani
12 : 30a.m : Putin sedang berbincang kejadian nahas dengan Obama- RIA
12 : 25a.m : Obama arah pegawai kanan AS berhubung rapat dengan pegawai-pegawai Ukraine mengenai pesawat dijatuhkan- Reuters
12 : 20a.m : Pegawai Kementerian Kecemasan berkata serpihan kapal berselerak di sekitar sehingga 15 km dari tapak kemalangan, sekurang-kurangnya 100 mayat kelihatan- Reuters
12 : 15a.m : Perdana Menteri Ukraine, Areseny Yatseniuk arah siasatan segera terhadap nahas." - NST.
12 : 07a.m : Perdana Menteri, DS Najib - "Saya terkejut dengan laporan kapal terbang MH terhempas. Kami sedang melancarkan penyisiatan segera." - Twitter
12 : 04a.m : Kawasan berkenaan terlibat dengan peperangan antara pasukan Ukrain dan pemisah Rusia - AP
11 : 57p.m : 280 penumpang, 15 krew tidak terselamat :Penasihat Ukraine Kementerian Dalam Negeri - Reuters.
11 : 50p.m : Misil dilepaskan oleh puak pemisah :Penasihat Ukraine Kementerian Dalam Negeri - Reuters.
11 : 47p.m : MAS mengesahkan hilang komunikasi dengan pesawat
11 : 45p.m : AP melaporkan kapal terbang ditempak misil pada ketinggian 33,000 kaki


No comments:

Post a Comment