MH17 : 'MAHU BACA YASSIN DI KUBUR'


Georgetown: "Nurshazana ada hubungi saya melalui kiriman Whatsapp dan meminta foto anak saudaranya kerana rindu," kata Mohamed Salleh Samsuddin, 54, bapa kepada seorang pramugari yang maut selapas pesawat MH17 terhempas di Timur Ukraine.

Menurutnya, kiriman Whatsapp itu dihantar 24 jam sebelum pesawat dinaiki anaknya berlepas dari Amsterdam.
Mohamed Salleh berkata, anaknya turut meminta dia dan isteri menghantar salinan foto kad pengenalan mereka namun tidak memberitahu apa yang mahu dilakukannya.

"Anak juga memberitahu dia akan pulang pada hari raya pertama dan meminta kami menunggunya untuk menziarahi kubur sanak saudara.

"Dia juga turut memberitahu akan membaca Yassin di kubur dan berkeras mahu kami sekeluarga menunggunya," katanya yang ditemui di rumahnya di Bayan Baru di sini, sebantar tadi.

Menurutnya, anaknya itu anak sulung dari empat beradik dan bekerja sebagai pramugari sejak sembilan tahun lalu.

No comments:

Post a Comment