PULUHAN MAYAT DITEMUI DI SEKITAR LOKASI NAHAS MH17

Ukraine : Puluhan mayat bergelimpangan di sekitar sekitar lokasi nahas MH17 di timur Ukrain, lapor Reuters.

Seorang pekerja yang terlibat dalam menyelamat nahas pesawat MH17 berkata sekurang-kurangnya 100 mayat sudah ditemui di tempat kejadian di Grabovo dan serpihan pesawat boleh dilihat sekitar 15 kilometer.

Logo yang dapat dilihat di ekor pesawat adalah lambang syarikat penerbangan MAS jenis Boeing 777 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

“Saya berada di atas traktor ketika terdengar bunyi pesawat dan letupan kuat. Kemudian, saya nampak sebuah pesawat jatuh ke tanah dan pecah kepada dua. Kawasan itu dipenuhi asap hitam yang tebal,” kata seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Vladimir.

Seorang dari puak pemisah, Krasnyi Luch yang berada berdekatan dengan lokasi nahas berkata, dia ternampak kapal terbang itu turn dari ketinggian yang tinggi kemudian terdengar dua letupan.

Bagaimanapun, Luch menafikan misil ditembak adalah dari puak pemisih.

“Ini boleh berlaku hanya jika ia adalah jet pejuang atau peluru berpandu permukaan-ke-udara (yang ditembak ke bawah),” katanya kepada Reuters


No comments:

Post a Comment